Khamis, 24 April 2008

Malam Bersama Dengan Dr Azman Ching & Dr Irfan Khairi

Apabila saya mendapat jemputan untuk makan malam dengan Dr Azman Ching dan Dr Irfan Khairi di Boulevard Hotel pada 17 April yang lalu,memang saya cukup teruja.Bukan senang untuk berjumpa dengan mereka apatah lagi dapat makan malam secara santai sambil membincangkan perniagaan.

Kesemua rancangan ini adalah di susun khas untuk usahawan di bawah MIBO(Malaysian independent Business Ownership) anjuran J&C pasific.Pada malam itu,Dr Irfan Khairi memulakan slot dengan memberi tips-tips bagaimana membina keyakinan untuk bertemu pelanggan serta menggunakan medium internet sebagai cara untuk mendapat prospek.

Manakala Dr Azman Ching telah mencuri tumpuan dengan memberi uji minda bagaimana seorang usahawan itu mampu berjaya jika mereka tahu di hadapannya adalah kejayaan.

Ramai MIBO's berkongsi idea termasuk En. Mazlan Wan,usahawan yang telah di gilap bakatnya seawal usia 21 tahun lagi.Nampaknya beliau pun ada bakat untuk menjadi seorang motivator...Macam mana Dr Irfan dan Dr Azman ,anda telah ada pesaing!

Apapun semua enjoy atas kerjasama jutawan-jutawan ini yang cukup 'sporting' di buli untuk sessi autograf dan bergambar.Terima kasih atas tips-tips yang berguna khasnya untuk membina perniagaan yang cemerlang.

Bagi sya pula,walaupun tidak menjadi jutawan,tetapi tetap inginkan kebebasan kewangan.Bukan ingin memiliki kereta mewah,(saya pun dah ada pacuan 4 roda - mitsubishi storm)tetapi ingin mendapat keselesaan apabila mendapatkan rawatan kesihatan dan juga memberi pendidikan kepada 4 orang anak saya yang masih kecil.

Next time,saya akan post gambar-gambar pada malam tersebut.Ini pertama kali saya dapat bergambar dengan mereka walaupun dah bertemu lebih daripada 5 kali.

Untuk mereka yang di luar sana,yang masih tercari- cari apa perniagaan yang boleh dibuat saya cadangkan anda menjadi seperti kami.'free risk'.