Sabtu, 26 Julai 2008

Nasihat Perniagaan dari hartawan Abdul Rahman B Auf


Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termashyur yang dijanjikan syurga. Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yangmeminta...
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran...

Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kitaterpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengahtarget market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat... rezekimasih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layananpelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
3. Cash transaction only

Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategy anda dalam menjalankan perniagaan .Dengan ini, saya dapat menambah pengetahuan saya kerana rata-rata kita orang melayu agak ketinggalan dalam 'tackle' pelanggan.Oleh itu,adalah lebih baik kita boleh mengkaji tamadun islam yang lampau kerana di dalamnya terdapat tokoh yang terbilang.

p/s:Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan produk streamyx boleh telefon saya :013 2588304.Pendaftran secara online dan lebih pantas.

p/ss:Kepada yang berminat untuk menceburi bidang ke usahawanan ict serta untuk menghadiri taklimat MIBO sila hubungi saya.