Selasa, 29 April 2008

Jadilah Seorang Yang Pakar!

Apa akan jadi kalau anda jumpa pelanggan anda,dan melanggan anda menyoal anda tetapi anda menjawab dalam keadaan yang teragak-agak.

Berjaya atau tidak apa yang ingin anda tonjolkan pada pelanggan anda?Di sini pentingnya anda membina keyakinan serta cepat mengambil peluang.Peluang mendapatkan prospek bukan senang,bila anda telah membina database dan berjumpa dengan prospek...anda tidak boleh pulang dengan tangan kosong.Dapatkan seberapa banyak jangkaan soalan yang mungkin akan di tanya oleh bakal pelanggan anda.

Cuba berlagak anda pakar keatas apa yang di tanya.Jangan merosakkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan.Seorang usahawan mestilah kelihatan pakar dalam perniagaan yang di ceburi.Ambil kira setiap soalan yang di tanya,jadikan ia testimoni pada bakal prospek anda di masa akan datang.Jika anda kelihatan kalut,memang anda tidak kelihatan profesional menjalankan perniagaan anda.Oleh itu,saya nasihatan kepada anda cari bakal prospek anda di kalangan orang yang terhampir dengan anda.Secara perlahan-lahan ia dapat membina keyakinan,kemudian anda boleh bermula dengan mendekati prospek yang di luar lingkungan pergaulan anda.Bagaiman? Anda pasti boleh mencubanya !

Jangan Jadi Seorang Penganggur




Saya bukan blogger politik,tetapi apabila membaca Harian Sinar hari ini..saya amat tertarik dengan saranan Y.A.B Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Betapa prihatinnya beliau terhadap perkembangan belia mutakhir ini.Semua belia yang terpilih akan mengikuti kursus dan selepas 2 tahun akan di pastikan mendapat pendapatan tidak kurang RM 2000.00 sebulan.Saya harap para belia mengambil kesempatan yang baik ini,pilihlah kursus yang bersesuaian dengan minat..jadikan minat anda untuk menjana pendapatan.

Terdapat ruang yang luas untuk kita menjadi seorang usahawan.Pelbagai peruntukkan dana telah di sediakan kepada mereka yang berminat.TEKUN,MARA,Perbadanan Usahawan Nasinal Berhad dan lain-lain telah di wujudkan untuk membantu kita.

Jangan berhenti dari berusaha walaupun kita sebenarnya hampir berputus asa,sejarah kehidupan seorang yang kita lihat berjaya hari ini bukan mudah.Tidak sesenang yang kita sangka untuk menjadi jutawan,walaupun cerita-cerita yang kita dengar indah belaka.Usaha + Istiqamah = Selebihnya bertawakal.Jangan letakkan mentaliti kita sebagai orang yang makan gaji.Jadilah tauke walaupun keuntungan untung hari ini tidak seberapa.Walaupun sedikit,lama-kelamaan ia akan meningkatkan taraf sosio ekonomi kita.Macam bangsa cina,daripada makan gaji lebih baik jual buah potong dan air soya.Ianya lebih kelihatan berdikari daripada makan gaji.

Untuk menjadi usahawan dan berjaya dalam perniagaan khasnya macam MIBO ini,istilah makan gaji memang tiada dalam kamus.Orang yang makan gaji boleh di istilahkan sebagai 'tidak matang' kata Ann Wang Seng dalam bukunya yang bertajuk "Rahsia Bisnes Orang Cina".Anda yang makan gaji,janganlah berhenti sekarang pula sebab terasa hati dengan saya tetapi cubalah buat satu perniagaan sampingan.Perniagaan ini akan menjadi besar sekiranya kita membuatnya dengan bersungguh-sungguh.Sahutlah seruan Y.A.B Menteri Besar Selangor,cubalah menjadi sebahagian daripada belia yang menjadi kebanggaan.

Apa pendapat anda?