Jumaat, 11 Julai 2008

Perlukah infomasi secara manual ?


Zaman dahulu sebelum kebangkitan era internet,rata-rata masyarakat khasnya di kampung akan berkumpul di warung kopi.Selain bertemu rakan,ianya adalah tempat untuk pertukaran berita(macam sistem barter pulak kan ).Lebih glamour sekiranya berita tu di dapati dari daerah lain serta dari sumber yang boleh di percayai.

Sekarang ni walaupun surat khabar ada,tapi ledakan maklumat dari alam maya ni lebih laju..Peluang perniagaan dan perkembangan maklumat lebih pantas.

Sesiapa yang belum baca majalah konsep bulan Jun boleh dapatkannya di pasaran.Covernya Irfan Khairi.Kenapa agaknya beliau tak suka baca akhbar!,Saya pun sekarang malas nak baca akbar,sikit yang berbentuk ilmiah tapi banyak yang sensasi.Terutamanya mengenai tokoh-tokoh politik,cerita tersebut lebih menguntungkan mereka dari kita nak baca akhar tu...Penerbit akbar tu pun untung juga...

Tiada ulasan: