Jumaat, 11 Julai 2008

Petikan daripada Blog Irfan Khairi

Beberapa minggu lepas, saya ditemuramah di MHI TV3 untukmenyampaikan maklumat mengenai perniagaan Inetrnet di Malaysia. Klip tersebut telahpun diupload di YouTube untuk anda menontonpada bila-bila masa sahaja. Sekiranya anda ingin tahu mengenaiperniagaan Internet, dijemput menonton klip tersebut di: http://www.irfankhairi.com/blog/highlight/mhi/ Sebagai tambahan, bersama email ini saya sertakan juga sedutantemubual saya bersama pakar motivasi, Dato Dr Fadzilah Kamsah dimanasaya bertanya kepadanya mengenai "Kekayaan menurut Islam" Mudah-mudahan dapat manfaat dari klip MHI mengenai perniagaanInternet dan juga mendapat inspirasi dari bicarawara saya bersama DDFK! Salam hormat, -IKIrfan Khairi

TIP PILIHAN: TEMUBUAL BERSAMA DATO DR FADZILAH KAMSAH=

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yangsaya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau diRadio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi": IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan takpayahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhanadalam bentuk kekayaaan ini? Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yangseringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap. Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti punkita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masukkubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebabsederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernahdisebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanyayang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yangterbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami. Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kitasekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kitalakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud? Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan denganseimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kitahebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebatjuga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perluditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalamapa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak bolehterlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itubukannya seimbang. Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betulmaka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat danakan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengantekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Ituadalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu danbangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allahredha. IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlangdalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga. *So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda denganberkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masukkubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato FadzilahKamsah lagi
-IKIrfan Khairi

Tiada ulasan: